'Biadap!'- Ustaz Sophian kecam perbuatan warga asing ludah jalur gemilang | The Reporter

‘Biadap!’- Ustaz Sophian kecam perbuatan warga asing ludah jalur gemilang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Satu video tular yang merakamkan seorang warga asing telah bertindak meludah bendera Malaysia dan menyifatkan universiti tempatan di negara ini sebagai ‘Mini Dhaka’, mengundang kecaman ramai.

Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Mohd Sophian Mohd Zain, perbuatan tersebut dianggap biadap dan provokatif serta perlu diambil tindakan.

“Di negara ini, ada ramai warga asing sama ada yang mempunyai dokumen atau pendatang asing tanpa izin (Pati).

“Apa yang berlaku ini mungkin disebabkan tindak balas daripada mereka (warga asing) yang tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa kerana diambil tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Beliau menambah, perbuatan ini mampu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia, yang berisiko mengambil tindakan sendiri jika pihak berkuasa lambat bertindak.

Rakaman video tular itu, katanya, menunjukkan kemungkinan kejadian berlaku di luar negara atau di pejabat kedutaan, berdasarkan susunan bendera yang kelihatan.

“PDRM perlu mengesahkan lokasi dan butiran kejadian. Jika berlaku di luar negara, KDN perlu bertindak melalui saluran diplomatik,” ujarnya.

“Pihak polis perlu mengeluarkan kenyataan mengenai maklumat kejadian ini seperti lokasi dan info lain berkaitan.

“Jika kejadian berlaku di luar negara, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menghantar memo kepada pihak kedutaan supaya individu berkenaan diambil tindakan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts