Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Walaupun kerajaan menetapkan tempoh sehingga 31 Disember 2025 untuk menebus bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100, orang ramai tetap berpusu-pusu sejak hari pertama pelaksanaan.
Keadaan ini menyebabkan sistem sesak dan akhirnya menyukarkan golongan B40 yang paling bergantung kepada bantuan itu untuk membeli keperluan asas.
Ameer: Beri peluang kepada B40
Penasihat Persatuan Peruncitan Bumiputera (BRO) merangkap Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, menasihatkan penerima supaya tidak panik kerana tempoh penebusan masih panjang.
“Kita ada masa empat bulan untuk tebus. Jadi, beri peluang kepada golongan B40 yang benar-benar memerlukan untuk membeli barang keperluan dahulu,” katanya.
Beliau menegaskan, masalah berpunca daripada jumlah pengguna yang terlalu ramai sehingga sistem sukar mengendalikan lebih 22 juta penerima pada masa sama.
Baca juga:
- Wanita dakwa suami ditembak polis, rupanya kekasih suspek & miliki 10 rekod jenayah
- Hanya 40 minit ke Indonesia, Melaka rancang bina jambatan 47.7km rentasi laut
- ‘Jangan paksa kerajaan iktiraf UEC’ – Tok Mat tegaskan soal identiti kebangsaan
Gangguan sejak hari pertama
Gangguan sistem dikesan seawal 31 Ogos, apabila prestasi rangkaian MyKasih mula perlahan selepas jam 10 pagi. Situasi menjadi lebih serius pada hari kedua berikutan lonjakan besar jumlah pengguna yang mahu menebus serentak.
Kementerian Kewangan (MoF) menjelaskan, transaksi mendadak antara punca prestasi terminal menurun. MoF juga memohon maaf kepada pengguna dan memberi jaminan langkah pemantauan serta pemulihan sedang dilaksanakan.
Perlu sikap lebih bertimbang rasa
Ameer menambah, selain penambahbaikan teknikal, penerima juga wajar memainkan peranan dengan memilih waktu luar puncak seperti awal pagi atau malam.
Katanya, sikap bertimbang rasa penting supaya golongan yang benar-benar terdesak tidak terus terpinggir akibat sikap berebut tanpa memikirkan orang lain.
Sumber: Sinar Harian








