Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki bernama Parlindungan Siregar, 45, nekad membunuh, Asim Irianto, 60, seorang pesara kerajaan di Pasar Simangambat, Sumatera Utara dalam kejadian yang berlaku pada 29 Julai lalu.
Menurut laporan, Parlindungan bertindak demikian kerana berasa sakit hati dengan Asim yang selalu bertanya mengapa dia masih belum berkahwin walaupun sudah berusia 45 tahun.
Pada malam kejadian, Asim baru tiba di kedainya dengan menaiki motosikal kira-kira jam 8 malam. Tiba-tiba, Parlindungan datang membawa sebatang kayu dan terus memukul kepala Asim.
Walaupun Asim sempat berlari untuk menyelamatkan diri, Parlindungan terus mengejar dan memukulnya berulang kali sehingga Asim rebah.
Seorang penduduk yang ternampak kejadian itu cuba meleraikan dan mengambil kayu dari tangan Parlindungan.
Asim kemudian segera dibawa ke klinik kesihatan oleh penduduk setempat, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan.
Parlindungan telah ditangkap oleh pihak polis sekitar pukul 9 malam dan polis masih menyiasat kes tersebut.
Sumber: Tribun News








