Belum ada keperluan untuk kerajaan sekat, kawal podcast - Menteri Komunikasi | The Reporter

Belum ada keperluan untuk kerajaan sekat, kawal podcast – Menteri Komunikasi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, baru-baru ini memaklumkan kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat atau mengawal program ‘podcast’ atau audio siar di negara ini, lapor Harian Metro.

Walaupun kandungan ‘podcast’ semakin meluas dalam kalangan pencipta kandungan tempatan, beliau percaya tindakan (sekatan) hanya akan diambil jika ada isu tertentu yang timbul.

Fahmi menekankan, kandungan berkualiti adalah lebih penting daripada peralatan berkualiti. Bagi beliau, apa yang membezakan ‘podcast’ adalah kreativiti dan kandungan yang dihasilkan.

Oleh itu, kerajaan akan terus memupuk minat dalam penghasilan kandungan berkualiti dan memberikan kemudahan kepada mereka yang berminat menghasilkan ‘podcast’.

Sebelum ini, The Reporter pernah menyiarkan laporan semakin banyak saluran podcast diwujudkan terutama dari golongan pempengaruh dan artis. Namun, kandungan yang dihasilkan tidak berkualiti dan tiada kreativi. Sebaliknya, hanya mengejar keuntungan semata-mata dengan membicarakan isu sensasi termasuk mengaibkan diri.

Podcast sepatutnya menjadi platform untuk berkongsi idea dan perspektif yang lebih luas dan bermanfaat. Ia boleh digunakan untuk menyampaikan cerita inspirasi, pendidikan, isu ekonomi dan pembangunan masyarakat.

Malangnya, kandungan sedemikian dianggap tidak menarik berbanding kandungan berunsur sensasi. Akibatnya, kandungan seperti itu memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Related Posts