'Beli rumah mahal sebab nak privacy, sekali jiran buka restoran sampai ganggu ketenteraman' - Pengadu | The Reporter

‘Beli rumah mahal sebab nak privacy, sekali jiran buka restoran sampai ganggu ketenteraman’ – Pengadu

Foto hiasan sahaja

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sesetengah orang memilih untuk membeli rumah di kawasan elit kerana mahukan privasi dan ketenangan, walaupun terpaksa membayar harga yang mahal. Mereka mengharapkan suasana yang tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kehidupan bandar.

Malangnya, ada jiran yang bertindak membuka perniagaan di kawasan perumahan, yang akhirnya mengganggu ketenteraman penduduk.

Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kurang senang di TikTok berhubung jirannya yang membuka restoran di kawasan rumah.

Menurut pengadu, tindakan jirannya itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dan gangguan ketenteraman para penduduk di kawasan perumahan tersebut.

“Beli rumah mahal-mahal di kawasan private sebab nak privacy. Sekali jiran suka-suka dia je buka restoran dekat area tapak rumah dia.

“Tiap-tiap hari ada banyak kereta customer parking depan rumah kami, sampai mengganggu kami dan jiran-jiran lain di sini. Siap ada customer yang meronda-ronda di kawasan perumahan ini,” katanya.

Pengadu juga menyatakan, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan. Namun, pemilik restoran itu hanya diberikan amaran sahaja, tanpa tindakan tegas.

“Dah complaint kepada pihak berkuasa tempatan, tetapi mereka hanya sekadar memberi amaran sahaja. Permit niaga? Memang tak ada sebab mana boleh buka kedai makan di kawasan perumahan.

“Kalau nak berniaga pun, carilah tapak niaga yang betul-betul, bukannya dengan cara macam ni. Kalau setakat buka payung jual secara kecil-kecilan tak apa. Ini dibukanya restoran terus! Can you imagine?” kata pengadu.

Di ruangan komen video tersebut, ada netizen turut berkongsi pengalaman yang sama.

“Jiran aku buka workshop hanat. Malam-malam rem kereta, test turbo. Kalau jadi pelumba negara, tak apalah juga,” kata netizen.

“Kes saya lain pula. Boleh pula jiran sebelah tambah kandang kambing dan reban ayam betul-betul tepi rumah. Bau dia tak payah cakaplah. Dulu dua ekor je ambing, sekarang banyak ayam-ayamnya,” tambah netizen lain.

Related Posts