Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta rakyat tidak membuat pembelian beras secara panik kerana langkah itu boleh menggagalkan usaha kerajaan untuk mengawal bekalan beras di pasaran.
Sebaliknya, rakyat dinasihatkan untuk membuat pembelian mengikut keperluan. Misalnya, dua kampit sebulan. Ini bagi memastikan rakyat mendapat bekalan beras yang mencukupi.
“Jangan ada pembelian panik kerana beras itu ada. Jika perlu dua kampit sebulan, belilah dua kampit. Bulan depan beli lagi. Dengan ini dapatlah kita kawal di pasaran.
“Kalau beli sampai empat ke lima kampit beras, simpan sampai ke tiga bulan depan pun beras akan rosak, dimakan bubuk dan sebagainya,” katanya.



Tambah beliau, kerajaan tidak akan berdiam diri dalam menangani masalah ini dan telah merangka beberapa usaha jangka panjang, termasuk meningkatkan pengeluaran hasil pada negara.
Selain itu, program Sawah Bersekala Besar (SBB) akan diperbanyakkan. Jalinan kerjasama bersama syarikat swasta untuk projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak juga akan dilakukan.
Sumber: Sinar Harian








