Bekalan air di Apartmen Putra Ria ditutup kerana penduduknya culas bayar bil air RM170,000 - The Reporter

Bekalan air di Apartmen Putra Ria ditutup kerana penduduknya culas bayar bil air RM170,000

Semalam, pihak Air Selangor telah melaksanakan tindakan drastik dengan mengunci bekalan air bagi kediaman Apartment Putra Ria, ekoran sebahagian besar penduduknya culas membayar bil air. 

Difahamkan, kira-kira RM170,000 bil air dari penduduk apartment itu masih belum dilunaskan sehingga kini. Selain itu, rekod pengurusan juga menunjukkan 358 unit di mana pemiliknya masih gagal membayar caj maintenance sebanyak RM2.47 juta. 

Disebabkan itu, pihak Air Selangor terpaksa melakukan tindakan mengunci bekalan air. Bagi pemilik unit yang tidak terlibat, mereka turut terpaksa menerima akibatnya sedangkan mereka tidak pernah gagal melunaskan bayaran bil bulanan. 

Hal itu mengundang campur tangan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital. Beliau telah berbincang dengan Air Selangor yang kemudian bersetuju membuka semula bekalan air malam tadi. 

“Ini berpunca dari hutang lebih kurang RM179,000 bil Air Selangor yang tidak dilunaskan sehingga kini. InshaAllah saya akan bertemu dengan pihak Air Selangor, pengurusan Putra Ria serta persatuan penduduk esok bagi mencari jalan penyelesaian,” katanya. 

Sementara itu di media sosial, netizen menyelar tindakan tidak bertanggungjawab penduduk berkenaan yang culas membayar bil air dan maintenance. 

“Perangai B40 yang duduk flat KL. Sesekali balik kampung bangga cerita duduk KL, gaya macam orang ada-ada. Padahal bil air, maintenance rumah RM49-RM53 pun tak mampu nak bayar sampai tertunggak berjuta-juta. Bila kena potong baru menggelupor,” kata pengendali akaun Twitter Abdul Rani Kulup Fans. 

“Betul kata prof haritu. Aku tak nak duduk dengan golongan B40 ni, miskin tak salah, perangai macam itu yang bermasalah,” kata Not. 

“Nak disita pun mengamuk. Dulu pernah nak pergi sita. Dari atas jerit, sambil jerit berani tutup siap pegang parang. Itu belum lif asyik rosak. Ada yang siap bawa motosikal naik ke atas. Tak faham apa masalah orang kita. Itu yang pihak pengurusan malas nak ambil tahu dah,” kata Adama. 

Justeru, ramai yang mencadangkan agar Air Selangor memasang individual meter bagi menangani masalah tersebut. 

Sumber: Facebook Fahmi Fadzil

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!