Beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini dijumpai di Sungai Trolak | The Reporter

Beg tangan dipercayai milik Nur Farah Kartini dijumpai di Sungai Trolak

Sumber Gambar: Harian Metro

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Beberapa barangan peribadi dipercayai milik Nur Farah Kartini yang akan digunakan sebagai bahan bukti dan petunjuk kes mula dijumpai.

Terbaharu, beg tangan wanita berkenaan ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.

“Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa,” katanya.

Terdahulu, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.

Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.

Penemuan mayat mangsa juga membawa kepada penahanan seorang suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.

Sumber: Harian Metro

Related Posts