Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sementara itu, ibu mangsa, Munirah Abd Rahman, 38, berkata, anak bongsunya daripada enam beradik pada waktu kejadian sedang makan bersama seorang lagi bayi.
“Epal itu sudah dipotong kecil dan dilumatkan. Tapi anak mungkin tertelan ketika mengunyah menyebabkannya tercekik.
“Selain arwah, saya difahamkan ada seorang lagi bayi yang disuapkan makanan sama. SAya rasa anak pengasuh itu sendiri yang sebaya anak.
“Secara tiba-tiba, anak menangis dan keadaannya terus menjadi lemah. Pengasuh itu menyangka anak tercekik dan sedaya upaya mengorek isi epal berkenaan.
“Namun, dia tidak terjumpa apa-apa, tetapi keadaan Muhammad Fawwaz terus lemah sehingga tidak sedarkan diri.
“Pihak pengurusan taska kemudian segera menghantar Muhammad Fawwaz ke Klinik Kesihatan Kampung Landak dan dirujuk ke Hospital Baling sebelum disahkan sudah tiada,” katanya yang juga redha dengan ketentuan takdir.








