Bayi maut akibat 'overdose' selepas diberi kokain & heroin oleh ibu bapanya - The Reporter

Bayi maut akibat ‘overdose’ selepas diberi kokain & heroin oleh ibu bapanya

Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut selepas disuap dengan dadah heroin dan kokain. 
Eugene Chandler, 27, dan isterinya, Shaleight Brumfield, 26, didakwa menyebabkan kematian mangsa, Marleigh Chandler, pada tahun lalu. 
Pasangan itu ditahan selepas polis menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Danville, Virginia pada 24 November 2018. 
Polis segera meminta bantuan ambulans dan memberi bantuan pernafasan pada mangsa sebelum dibawa ke hospital dan disahkan telah meninggal dunia. 
Ketika ditemui, tiada sebarang tanda-tanda atau kesan deraan pada badan mangsa. Namun keputusan bedah siasat mendapati, Marleigh meninggal dunia disebabkan keracunan heroin dan kokain. 
Pasangan itu didakwa atas tuduhan membunuh dan mengabaikan tanggungjawab terhadap mangsa dan kini sedang ditahan di penjara tanpa diberi jaminan sementara menunggu tarikh perbicaraan. 
Sumber: Mirror
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!