Bayi lemas dalam baldi kerana pengasuh terlupa tutup pintu bilik air - The Reporter

Bayi lemas dalam baldi kerana pengasuh terlupa tutup pintu bilik air

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un. Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan dipercayai lemas dalam baldi berisi air di dalam tandas sebuah taska di Jalan Kebun, Shah Alam, tengah hari semalam, lapor Harian Metro
Mangsa, Abdul Rayyan Mijan, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kebiruan dalam baldi tersebut oleh kakitangan taska yang mendapati dia tiada di dalam bilik. 
Difahamkan, pengasuh terlupa menutup pintu bilik air sebelum mnagsa dipercayai merangkak masuk ke bilik air itu. 
Ibu mangsa, Royani, yang menghantar anaknya ke taska itu dalam keadaan sihat pada pagi hari kejadian, bergegas ke taska itu selepas dimaklumkan oleh pihak taska mengenai keadaan anaknya. 
“Abdul Rayyan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Mangsa seterusnya dibawa ke Jabatan Forensik HTAR untuk bedah siasat dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun petang tadi (semalam),” kata sumber. 
Royani yang merupakan ibu tunggal tidak menyangka anak yang dipeluknya ketika dihantar ke taska merupakan pelukan terakhir. 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya sedang menyiasat kes itu bagi mengetahui punca kejadian. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!