Bayi 8 Bulan Didera Pengasuh Sampai Lebam Mata & Bengkok Tulang Tangan - The Reporter

Bayi 8 Bulan Didera Pengasuh Sampai Lebam Mata & Bengkok Tulang Tangan

PETALING JAYA – Seorang bayi berusia 8 bulan 20 hari lebam teruk di bahagian mata dan tulang tangannya bengkok dipercayai didera oleh pengasuh.

Menurut Fazlin Johari, beliau menghantar anaknya ke rumah pengasuh berkenaan sebelum pergi ke tempat kerja. Namun tidak menyangka anaknya, Rayyan, didera oleh pengasuh dalam tempoh 11 jam itu. 
“Pada mulanya, pengasuh mengatakan anak saya terkena mainan ultraman plastik. Saya percaya sehinggalah sewaktu saya menjemput anak saya dalam keadaan lembik dan matanya mulai bengkak,” katanya. 




Mata Rayyan lebam dipercayai dihentak sesuatu dengan kuat | Video – Fazlin Johari



Ekoran itu, mangsa dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. 
“Hasil pemeriksaan pihak hospital mengesyaki mata anak kami dihentak oleh sesuatu dengan kuat. Malah x-ray pada tangan anak kami juga menunjukkan tulangnya bengkok. 
“Selain itu, terdapat kesan-kesan lain seperti kesan kuku di celah kangkang dan punggung, malah terdapat kesan lebam di dalam telinga, bawah hidung,” katanya. 
Bagaimanapun, pengasuh berkenaan memberikan alasan bahawa dia mencuci hidung si kecil itu. Malah, mengakui tidak tahu apa yang berlaku pada tangan mangsa.
Menurut Fazlin, beliau dan suaminya tidak menyedari kesan penderaan itu pada anak mereka yang dilakukan sedikit demi sedikit.
“Asalnya hanya sedikit kesan, akhirnya semakin melarat dan semakin kerap sehingga menimbulkan rasa keraguan. 
“Alhamdulillah satu persatu tanda dan bukti ditunjukkan membuatkan kami yakin bahawa Rayyan didera pengasuh.
Difahamkan, pasangan berkenaan telah membuat laporan polis dan mempunyai bukti yang kukuh bahawa anak mereka menjadi mangsa penderaan pengasuh. 
Tulang tangan Rayyan kelihatan bengkok | Foto – Fazlin Johari

Ekoran dari kejadian itu juga, Fazlin fobia untuk menghantar anaknya kepada pengasuh dan mahu menjaga anaknya sendiri selepas kejadian yang tidak diingini itu. 

“Andai anak saya dapat bersuara dari awal lagi, saya tidak akan pernah mengizinkan pengasuh itu menyentuh anak saya. Tetapi saya tidak sedar akan penderitaan anak saya. 
“Kepada semua ibu bapa di luar sana, kalau anak kita ada menunjukkan reaksi negatif terhadap pengasuh, segeralah siasat dan cari puncanya sebelum anak menjadi ‘lauk’. 
“Entah apa dosa si anak kecil ini sehingga sanggup disakiti seperti ini. Tangan anak saya diisimen selama tiga hari tak boleh bergerak,” katanya. 
Menurut Fazlin, luka fizikal pada anaknya beransur pulih dan masih dalam tempoh pemulihan emosi.  
Justeru, Fazlin menyeru ibu bapa yang menghantar anak mereka kepada pengasuh berkenaan tampil bersama menegakkan keadilan. – The Reporter
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!