'Bau wangi tu sukar digambarkan', pemandu van jenazah dedah pengalaman urus jenazah Nurly Shahirah | The Reporter

‘Bau wangi tu sukar digambarkan’, pemandu van jenazah dedah pengalaman urus jenazah Nurly Shahirah

Pemandu van jenazah kongsikan kisah selepas menguruskan jenazah Nurly Shahirah
Pemandu van jenazah berkongsi pengalaman menguruskan jenazah Nurly Shahirah yang dikatakan mengeluarkan bau haruman luar biasa. Gambar: FB Najmuddin Azman

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sehingga ke hari ini, pemergian 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam kemalangan tragis di Gerik, Perak masih ditangisi dan dikenang oleh rakyat Malaysia.

Pelbagai kisah duka dikongsikan, termasuk kebaikan serta keistimewaan mangsa-mangsa yang terkorban.

Antara yang menjadi tumpuan ramai ialah salah seorang mangsa, iaitu Nurly Shahirah Azman. Pemergian Allahyarhamah Nurly yang merupakan seorang hafizah dicemburui ramai. Difahamkan, ketika pemergiannya, Allahyarhamah sedang memeluk naskhah al-Quran.

Naskhah al-Quran yang ditulis tangan oleh Nurly turut menarik perhatian ramai. Yang di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin turut melawat keluarga mangsa dan meneliti naskhah tersebut.

Sementara itu, menerusi perkongsian abang mangsa, seorang pemandu van jenazah berkongsi satu kisah istimewa selepas menguruskan penghantaran jenazah.

“Perkongsian pemandu van jenazah tentang arwah Nurly Shahirah semasa dibawa pulang. Katanya, semasa dalam perjalanan ke sana, pemandu ini memang berhajat untuk membawa arwah bersamanya.

“Ditakdirkan oleh Allah, beliau berpeluang membawa jenazah dan menurutnya jenazah arwah sangat-sangat harum, sukar digambarkan bauannya di dunia. Allah, Nurly… Hebatnya kau, dik. Amalan apa lagi yang kau buat, kami pun tak tahu, dik,” katanya.

Pemandu van jenazah itu turut berkata, dia berulang kali membuka pintu kenderaan untuk mengesahkan bau haruman tersebut.

“Saya tak pernah menghidu haruman seperti ini. Saya kenal bau van jenazah macam mana.

“Tapi kali ini, datang satu bauan yang sangat halus. Teramat wangi, sukar digambarkan. Satu aroma yang luar biasa,” katanya.

Related Posts