Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sekumpulan lebih 30 penunggang basikal mendakwa hampir dirempuh sebuah bas RapidKL dalam kejadian yang berlaku pagi Ahad lalu di Bestari Jaya sekitar jam 9.35 pagi.
Rakaman insiden itu dimuat naik ke media sosial bersama keterangan yang mendakwa pemandu bas sengaja menghimpit kumpulan mereka walaupun laluan kanan kosong.
Menurut kenyataan salah seorang penunggang, mereka sedang berkayuh di lorong kiri sebelum pemandu bas terbabit didakwa menghampiri dengan jarak yang sangat dekat sehingga hampir menyentuh beberapa basikal. Situasi menjadi tegang apabila pemandu bas itu dikatakan memberhentikan kenderaan, keluar dan cuba menendang salah seorang penunggang sebelum berlaku kekecohan.
Baca juga:
- ‘Bukan 50, tapi 200 luka tikaman pada anak saya’ – Ibu mangsa
- Tak adil salahkan Menteri Pendidikan atas tragedi di sekolah – Timb. Ketua wanita Keadilan
- KPM perkenal subjek Pendidikan Karakter, harap lahir generasi lebih beradab dan berakhlak
“Dia kemudian berhenti sendiri, keluar dari bas dan cuba menendang salah seorang penunggang kami. Keadaan jadi kecoh, dia cuba bergaduh. Jadi kami buat pusingan U. Lepas dia nampak kenderaan JPJ, terus tak jadi berlagak. Tiba-tiba terus ‘Sabar.. Sabar’ lepas dia hampir bunuh kami.”
Apa reaksi netizen?
Walaupun video menunjukkan kumpulan basikal itu menggunakan bahu jalan dan lorong kiri, kebanyakan komen netizen di media sosial berpihak kepada pemandu bas. Ramai berpendapat aktiviti berbasikal berkumpulan sering mengganggu laluan kenderaan lain dan membahayakan diri sendiri.




Antara komen yang menerima banyak sokongan termasuk, “Aku lebih percaya pemandu bas tu daripada geng basikal yang suka tunjuk hebat,” kata seorang pengguna yang mendapat ribuan tanda suka.
Ada juga yang berkata penunggang basikal ini “berlagak jalan raya macam jalan bapak mereka” dan tidak mahu berkayuh dalam satu barisan. Sebahagian netizen lain pula mencadangkan aktiviti seperti ini hanya dilakukan di trek atau kawasan yang lebih selamat.
Lebih percaya pemandu bas

Menyusahkan pengguna jalan raya lain

Sendiri cari penyakit

Bolehkah basikal digunakan di jalan raya?
Dari segi undang-undang, menunggang basikal di jalan raya dibenarkan selagi mematuhi peraturan lalu lintas seperti berkayuh dalam satu barisan, memakai peralatan keselamatan, tidak menghalang laluan kenderaan dan tidak membahayakan pengguna lain. Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan besar juga perlu sentiasa berhati-hati, terutama di kawasan kurang kawalan trafik.