'Baru balik kampung, dah disoal siasat macam kena tangkap khalwat' - Pelajar persoal tindakan pengawal keselamatan IPT - The Reporter

‘Baru balik kampung, dah disoal siasat macam kena tangkap khalwat’ – Pelajar persoal tindakan pengawal keselamatan IPT

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bagi memastikan keselamatan pelajar, unit keselamatan ditubuhkan bagi mengawal perjalanan keluar masuk pelajar dan pelawat. Tindakan tegas dikenakan sekiranya didapati pelajar tidak mematuhi peraturan dan arahan yang telah dikeluarkan.

Bagaimanapun, seorang pelajar di sebuah universiti mempersoalkan tindakan Office Of Security Management (OSEM) yang melakukan soal siasat terhadap pelajar meskipun dokumen sudah diberikan. Ketika kejadian, lelaki ini baru sahaja pulang dari kampungnya di Alor Setar, Kedah atas urusan keluarga.

“Balik Alor Setar sebab Ibu dan Ayah minta selesaikan beberapa urusan. Urusan terakhir selesai jam 6:15 petang, terus drive ke UIA untuk kejar waktu study untuk next paper. Sampai pagar sedikit lewat dari ETA, kena tahan dan soal dengan jagar.

“Apa bidang kuasa Osem untuk soal siasat pelajar ye? Apa bidang kuasa Osem untuk menghalang pelajar memasuki kawasan universiti meskipun dokumen dah diberikan? Seolah ianya budi bicara.

“Balik kampung je. Dah postgrad pun kena soal macam JAIS tangkap khalwat,” tulisnya.

Katanya, pelajar universiti sepatutnya dilayan seperti dewasa bukannya sebagai kanak-kanak, atas dasar kepercayaan dan tanda hormat. Mengenai soal keselamatan katanya, cukuplah hanya menunjukkan kad pelajar sebagai pengenalan diri.

Dalam pada itu, terdapat satu hantaran yang meminta para pelajar di universiti berkenaan untuk mengisi data aduan sikap dan layan OSEM terhadap pelajar.

Sumber: Abu Ubaidah Zulkifli

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!