'Baru 11 tahun dah tinggi camni?!' - The Reporter

‘Baru 11 tahun dah tinggi camni?!’

Baru berusia 11 tahun, tetapi ketinggian kanak-kanak lelaki ini, 6 kaki 9 inci menjadi tajuk berita utama di setiap media di negara China, lapor NextShark.
Untuk permulaan, Xiaoyu dilahirkan oleh ibu bapanya yang juga tinggi. Bapanya mempunyai ketinggian 1.8 meter (5 kaki 10.87 inci), sementara ibunya dan datuknya punyai ketinggian 1.9 meter (6 kaki 2.80 inci). 
Ketinggian luar biasa yang dimiliki Xiaoyu itu bagaimanapun mengundang beberapa masalah yang tidak diingini seperti perjalanan dan pergerakannya rasa janggal dan sakit. 
Disebabkan masalah itu, Xiaoyu terpaksa menolak tawaran beberapa jurulatih bola keranjang yang menjemputnya untuk bermain sukan berkenaan. 
Selain itu, Xiaoyu juga sering terhantuk kepalanya pada pintu dan selalu diperhatikan orang berikutan ketinggiannya yang luar biasa itu. 
Ketinggian bagi seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun kebiasaannya 1.453 meter (4 kaki 9.20 inci), menurut statistik di negara itu. 
Xiaoyu juga menjalani pembedahan untuk merawat masalah kakinya itu, malah dia berhasrat mahu menjadi remaja yang paling tinggi di dunia serta mungkin boleh mendapatkan rekod dunia untuk itu. 
“Saya harap saya membesar terlalu tinggi. Saya cuma nak ketinggian yang mencukupi untuk saya pecahkan rekod dunia,” katanya. 
Rekod Dunia bagi kategori remaja paling tinggi itu kini disandang oleh Brandon Marshall, 16, dari United Kingdom dengan ketinggian 7 kaki 4 inci (2.25 meter). 
Nenek Xiaoyu, Wu Mei, berharap cucunya itu akan dapat bermain bola keranjang tidak lama lagi. Dia juga memberi sokongan kepada cucunya itu yang merampas rekod remaja paling tinggi di dunia.
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!