Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kehilangan orang tersayang dalam hidup memberikan kesan yang cukup mendalam. Tiada lagi tempat untuk dikongsi dan diluahkan hanya gambar sebagai pengganti.
Bagi kita insan biasa, kadangkala tidak mampu untuk menerima kesedihan itu apatah lagi insan istimewa yang tidak mengerti tentang sebuah pemergian dan kehilangan.
Satu perkongsian tular merakamkan seorang lelaki yang merupakan insan istimewa dilihat memegang gambar berukuran pasport ibu dan bapanya sambil mengadu jam tangannya rosak.
“Bapak, bapak, jam tangan rosak,” katanya.
Lelaki itu kemudiannya mencium beberapa kali gambar bapanya dan menulis sesuatu di gambar kedua ibu bapanya.
Difahamkan, insan istimewa ini dikenali sebagai Pizi tinggal di Bukit Rambai, Melaka.
Perkongsian ini membuatkan netizen sebak melihat keadaan Pizi yang merindui kedua ibu bapanya. Ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepadanya dengan membelikannya jam baru. Dalam pada itu juga, ada yang mencadangkan agar gambar kedua ibu bapa Pizi dibingkaikan atau dibalut supaya tidak rosak.
Sumber:ejan arjiejan