Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman ke atas tiga individu atas pertuduhan merogol seorang kanak-kanak berusia 12 tahun.
Seorang peniaga berusia 46 tahun didakwa atas dua pertuduhan merogol anak tirinya itu manakala tertuduh kedua dan ketiga adalah abang tiri dan rakannya, masing-masing berusia 22 tahun
Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa secara berasingan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.
Bagi dua pertuduhan, peniaga itu didakwa merogol anak tirinya di sebuah rumah di Beris Tengah Kubur Besar, Bachok, pada waktu petang awal tahun ini dan pada 18 hingga 22 Mei lepas.
Abang tiri mangsa pula dituduh merogol kanak-kanak itu di hadapan bapa tiri mangsa dan rakan karibnya, manakala rakannya turut didakwa merogol mangsa di hadapan bapa tiri dan abang tiri mangsa di lokasi yang sama sekitar awal tahun ini.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri tidak menawarkan jaminan kepada ketiga-tiga tertuduh kerana kes terbabit adalah serius melibatkan mangsa berusia 12 tahun.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan terhadap bapa tiri dan abang tiri mangsa manakala rakan abang tiri dibenarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.
Sumber: Berita Harian