Bantuan Khas Hari Raya RM400 untuk penjawat awam - The Reporter

Bantuan Khas Hari Raya RM400 untuk penjawat awam

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas untuk kakitangan awam selain beberapa perkara lain selepas mengadakan mesyuarat kabinet kedua hari ini. 

Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Hari Raya sebanyak RM400 kepada penjawat awam bagi gred 41 ke bawah, manakala RM200 untuk golongan pesara. 
Selain itu, kerajaan akan memberi diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuh raya dua hari menjelang sambutan Aidilfitri. 
Perlaksanaan sistem Cukai dan Barangan (GST) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu ditetapkan pada kadar sifar 1 Jun ini dan akan digantikan sepenuhnya dengan SST bermula September 2018. 
Sementara itu, harga diesel dan RON95 akan dikekalkan, manakala harga RON97 akan diapungkan mengikut harga pasaran. 
Kerajaan juga akan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup kepada rakyat untuk menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). 
Jemaah Menteri bersetuju High Speed Rail (HSR) dibatalkan, tertakluk kepada perbincangan dengan kerajaan Singapura kerana ia melibatkan implikasi kewangan yang tinggi dan MRT laluan tiga tidak akan diteruskan. 
Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk menerima derma dari rakyat bagi membantu kedudukan kewangan kerajaan. Kerajaan mengalu-alukan sikap patriotik rakyat untuk membantu kerajaan dan memastikan derma itu diberi kepada Kementerian Kewangan. Nombor akaun akan diumumkan kelak. 



Dalam sidang media itu juga, Tun Dr Mahathir mengumumkan tema hari kebangsaan tahun ini adalah “sayangi Malaysiaku”. 
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!