Banduan minta hukuman mati disegerakan, menyesal cabul & bunuh bayi sendiri - The Reporter

Banduan minta hukuman mati disegerakan, menyesal cabul & bunuh bayi sendiri

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki di Texas mengaku memganiaya dan mencekik bayinya sendiri selepas merogol mangsa yang berusia tiga tahun. Dalam kata-kata terakhirnya, dia memilih hukuman suntikan maut untuk memudahkan proses pelaksanaan hukuman itu.

Travis Mullis, 38, berkata demikian dengan tangan diikat pada kerusi di bilik gantung di Huntsville, Texas pada malam Selasa, selepas menolak haknya untuk membuat rayuan hukuman ke atas pertuduhan membunuh bayinya pada tahun 2008.

Minta hukuman mati disegerakan

“Saya tidak menyesal dengan keputusan untuk mempercepatkan proses undang-undang. Saya menyesal dengan perbuatan saya yang telah meragut nyawa anak sendiri,” katanya.

Mullif didakwa menganiaya bayinya sendiri, Alijiah, selepas cuba merogol seorang kanak-kanak lain pada 29 Januari 2008.

Pada masa itu, Mullis, teman wanitanya dan bayi mereka tinggal bersama seorang sahabat yang mempunyai seorang anak perempuan, kerana mereka tidak mampu mendapatkan kediaman sendiri.

Cuba serang anak rakan, tetapi tidak jadi

Dalam pengakuannya kepada polis, Mullis memberitahu dia cuba menyerang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di taman permainan.

“Saya meminta dia (mangsa) menanggalkan seluar, dia berkata ‘tidak’. Dia mula menangis ketakutan dan saya juga terkejut. Saya berasa tidak senang dengan apa yang saya lakukan, saya tahu perbuatan itu salah. Jadi saya mengajaknya pulang,” katanya.

Mullis mengakui dia pernah mengalami penderaan seksual semasa kanak-kanak dan menyangka dia boleh menghilangkan memori hitam itu jika dia turut melakukan perbuatan yang sama.

Dia kemudian memberitahu teman wanitanya mengenai apa yang berlaku di antara dia dengan kanak-kanak perempuan berkenaan. Teman wanitanya terkejut dan takut akan diusir dari rumah tersebut sekiranya perkara itu diketahui oleh bapa kanak-kanak itu.

Pihak pendakwaan syak Mullis rogol bayinya

Setelah itu, Mullis yang ketika itu berusia 21 tahun, keluar memandu ke Galveston bersama dengan bayinya. Dalam perjalanan, bayinya terjaga dan mula menangis tanpa henti.

“Saya sudah mencapai ketegangan yang melampau. Saya panik dan satu-satunya cara untuk membuatkan berhenti menangis adalah dengan membunuhnya,” katanya.

Mullis mencekik mangsa dan kemudian dipijak sehingga mati dan melarikan diri selama tiga hari sebelum menyerah diri kepada polis di Philadelphia.

Walaupun tidak mengaku merogol bayi lelakinya, pendakwa raya berkata mereka mempunyai bukti Mullis merogol bayinya sebelum membuang mayatnya di tepi jalan.

Pada tahun 2011, dia dihukum mati selepas didapati bersalah. Tujuh tahun kemudian dia mengemukakan permohonan untuk menolak rayuan dan memecat peguamnya dengan harapan hukumannya boleh dipercepatkan.

“Saya bersalah di atas apa yang saya lakukan. Hukuman mati adalah hukuman yang dibenarkan secara undang-undang. Saya bersedia menerima hukuman,” katanya.

Pada hari terakhir, pegawai penjara mengisytiharkan Mullis telah meninggal dunia pada jam 7 malam. Tiada seorang pun ahli keluarga Mullis yang hadir melihat hukuman itu dilaksanakan. – Agensi

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!