Band Pop Shuvit umum kemunculan semula - The Reporter

Band Pop Shuvit umum kemunculan semula

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Setelah beberapa lama sepi dari industri, kumpulan terkenal pada awal tahun 2000-an dulu, Popshuvit band mengumumkan akan kembali menemui peminat.

Pengumuman itu dibuat menerusi satu hantaran TikTok kumpulan berkenaan.

Dalam hantaran tersebut juga, mereka menceritakan pengalaman dan perjalanan mereka di saat mula-mula menceburi industri muzik sehinggalah sekarang.

“24 tahun lalu kami Budak mentah, asyik nak buat muzik je. Angan-angan. Muzik video pun kami buat sendiri, duit makin kurang tapi kita carry on.

“Tahun 2011, kami ambik keputusan hiatus (rehat seketika) sebab dah burn out.

“Pada tahun 2023, kami opening act untuk ONE OK ROCK. Tak sangka fans ingat kami lagi. Fans suruh kami buat come back,” tulisnya.

Walaupun mengambil keputusan untuk berehat seketika beberapa tahun lalu, namun mereka tidak pernah berhenti untuk berkarya. Dan akhirnya mereka membuat kemunculan semula dengan memilih lapan lagu terbaik dari album terbaharu.

“Kami nak buat listening party. Jemput datang untuk dengar lagu baru kami,” katanya.

Susulan pengumuman itu, ramai yang menantikan kemunculan kumpulan yang terkenal dengan lagu Marabahaya ini.

Sumber: Pop Shuvit

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!