Bad Indigo meninggal dunia - The Reporter

Bad Indigo meninggal dunia

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi, Bad Indigo dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi. Berita duka itu dikongsikan oleh penyanyi Liza Hanim menerusi hantaran di Instagram.

“Innalilahiwainnailahirajiun. Baru dapat berita Bad Indigo telah kembali ke rahmatullah. Will update more,” tulisnya.

Perkara tersebut juga telah disahkan oleh anggota kumpulan Indigo, iaitu Shah kepada media.

Sebelum ini, Bad dikhabarkan menjalani pembedahan membuang tiga jari kaki akibat diabetes pada 09 Mei lalu.

Terdahulu, Bad dan bekas isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi mengumumkan telah bercerai pada 23 Jun lalu.

Bad dan Ashira mendirikan rumah tangga pada 11 Mac tahun lalu.

Tiga hari lalu menerusi hantaran di Instagram, Allahayarham memuatnaik satu video mengenai kata-kata hikmah dalam kehidupan. Kelihatan ketika itu, Allahyarham dilihat masih sihat dan ceria.

Sumber: Astro Awani, Liza Hanim, Bad Indigo Official

Total
0
Shares
Total
0
Share