Azmin Ali beri jaminan kehidupan orang bukan Islam tidak akan terjejas jika PN menang di Selangor

Sumber gambar: Facebook Azmin Ali

Azmin Ali yang juga calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi N.18 Hulu Kelang, dikatakan akan kembali ke Shah Alam untuk menjadi Menteri Besar jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN), memberi jaminan kehidupan orang bukan Islam tidak akan terjejas.

Dalam wawancara ekslusif bersama Oriental Daily, Azmin berkata, semasa dia menjadi menteri besar Selangor dengan tiga exco PAS dalam pentadbirannya, tiada kilang arak yang ditutup, termasuk kilang bir terbesar, Carlsberg.

“Di Shah Alam terdapat kilang bir terbesar, kilang Carlsberg dan kilang ini masih beoperasi sehingga kini,” katanya memetik laporan daripada MalaysiaKini, 10 Ogos 2023.

Selain itu, Azmin juga memberi contoh pentadbiran PAS di Kelantan selama 33 tahun menyaksikan masyarakat Cina di negeri itu hidup dalam keadaan aman damai tanpa sebarang masalah.

“Orang bukan Muslim di Kelantan boleh minum arak kerana agama mereka membenarkan.

“Jika sesiapa yang pernah ke Kelantan, mereka akan tahu bahawa negeri itu mempunyai patung Buddha terbesar bukan sahaja di Malaysia, malah di Asia Tenggara,” ujarnya.

Dua hari sebelum itu, Azmin menegaskan bahawa dia bukan pengkhianat dalam PKR. Sebaliknya dia telah dipecat oleh Anwar.

“…ini bukti yang menunjukkan dia tidak mahu saya lebih berjaya daripada dia. Dia tikam belakang saya, pecat saya. Saya tidak pernah lompat parti. Ini rekod yang saya nak pertahankan,” katanya dalam siaran podcast Keluar Sekejap baru-baru ini.

Sumber: MalaysiaKini, Oriental Daily, Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!