Azab tinggalkan solat, penggali kubur kongsikan kisah jenazah minta tolong & terdengar bunyi tulang patah dari dalam kubur - The Reporter

Azab tinggalkan solat, penggali kubur kongsikan kisah jenazah minta tolong & terdengar bunyi tulang patah dari dalam kubur

Sumber gambar: Abam Jeff Drc

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Jika sebelum ini kita dihidangkan dengan pembacaan kisah misteri dan mistik dari majalah yang tidak asing lagi seketika dulu iaitu majalah Mastika.

Kisah-kisah yang terkandung di dalam majalah tersebut membuatkan kita tefikir adakah benar cerita yang disajikan.

Satu perkongsian di TikTok melalui ceramah yang disampaikan oleh seorang ustaz menceritakan kisah benar yang berlaku semasa pengembumian mayat seorang lelaki pada jam 2.30 pagi. Mangsa meninggal dunia kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jabor.

‘Cepat sikit gali kubur, jenazah dah lama meninggal’

“Pukul 2.30 pagi terima panggilan uruskan mayat. Ambil ukuran saiz dan sebagainya. Bila digali kubur, nampak tengkorak di sebelah. Waktu digali sehingga ke liang lahad, tiba-tiba mata cangkul penggali kubur seolah-olah berlaga dengan sesuatu seperti batu dan bunyinya seperti cermin yang pecah.

“Semakin digali, penggali kubur nampak satu benda berwarna hitam. Bila melihat benda berwarna hitam itu, mereka putuskan untuk kambus balik tanah dan pergi ke tempat lain,” katanya.

Setelah itu mereka memutuskan untuk menggali di tempat yang lebih jauh, sekitar 100 meter dari tempat digali tadi.

“Mereka meneruskan penggalian yang kedua sehingga ke liang lahad dan kelihatan benda hitam yang panjang memenuhi kawasan itu.

“Semakin digali, semakin kedengaran hembusan nafas dari dalam seperti hembusan angin ribut yang kuat. Pakcik tu kata kita kambus balik tanah.

“Bila dah kambus balik tanah, waris si mati telefon supaya percepatkan sikit gali kubur sebab mayat dah lama meninggal.

“Pakcik tu kata, walau apa pun terjadi selepas ini, kita tetap kena gali dan tetap kena tunggu,” katanya.

Ular keluar dari celahan kubur

Penggalian kubur ketiga pula dimulakan. Sampai ke liang lahad, kelihatan dengan jelas kulit seperti cahaya yang keras.

“Apa yang diceritakan kepada saya, itulah seekor ular yang besar. Pernah disebut Nabi Muhammad SAW, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja tanpa asbab diberi makan kepada mereka syuja’ul-aqra’ iaitu ular sebesar seekor unta yang panjangnya 30 hasta diberi makan kepada manusia yang seumpama ini.

“Orang ramai yang duduk di atas menangis, ada yang azan, ada yang berdoa.

“Kelima-lima penggali naik ke atas dan berdoa pada Allah supaya dipermudahkan urusan mereka menguruskan pengebumian. Tiba-tiba binatang tu bergerak sedikit dan berdiri di atas kakinya serta bernafas seperti angin ribut terus menyusur hilang di celah-celah bukit.

“Bila ular itu dah hilang, setengah jam kemudian, mayat itu pun sampai. Sewaktu mayat diletakkan ke liang lahad dan diletakkan dengan beberapa ketul tanah serta papan ke liang lahad dengan jelas semua orang nampak ular tadi keluar dari celahan-celahan kubur. Orang ramai yang melihat ular itu terus lari jauh dari lubang kubur.

“10 minit selepas itu, ular berkenaan terus masuk. Ketika mahu diselesaikan urusan pengembumian terakhir, orang-orang di sekeliling mendengar suara meminta tolong. Ketika talkin dibacakan, kedengaran bunyi seperti tulang yang patah sedikit demi sedikit,” katanya.

Dalam pesanan ceramah itu juga, beliau mengingatkan agar kita semua tidak perlu takut untuk mati tetapi bagaimana cara kematian kita untuk menghadap Allah SWT dalam erti kata lain sentiasa patuh dengan ajaran Allah dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang-Nya.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!