Hubungan kami bahagia sehinggalah baby berusia dua tahun. Kawan mula menghasut saya, kenapa balik kerja saja terus duduk di rumah, malam tak keluar, jarang balas mesej di WhatsApp group.
Saya pula selepas itu asyik melayan media sosial seperti Facebook, sampailah terjumpa seorang janda ini. Kami berkawan selama 6 bulan sampai terlanjur. Saya berjanji akan berkahwin dengan janda ini, tetapi saya dibuang kerja kerana selalu ponteng pergi makan angin dengan janda ini.
Saya sedar saya salah, lebih-lebih lagi bila ibu cerita tentang kebaikan Hani selama ini yang saya sendiri pun tidak tahu. Saya nekad memutuskan hubungan dengan janda itu. Malangnya, janda itu meminta RM3,000 sebagai syarat untuk putuskan hubungan.
Selepas setahun bercerai, Hani sakit dan badannya menjadi kurus. Dia muntah-muntah darah. Ibu pujuk Hani kahwin semula dengan saya sebab Hani dengan baby tak ada siapa-siapa lagi. Akhirnya Hani setuju setelah ibu puas merayu.