Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Australia baru-baru ini mendapat perhatian kerana dasar visanya di tengah-tengah konflik Israel-Gaza yang sedang berlangsung.
Menurut laporan Amnesty International, kerajaan Australia telah menolak lebih daripada 7,000 permohonan visa daripada rakyat Palestin yang melarikan diri dari Gaza, sementara meluluskan jumlah permohonan yang jauh lebih tinggi daripada rakyat Israel.
Daripada 10,033 permohonan rakyat Palestin yang dikemukakan dalam tempoh 10 bulan yang lalu, hanya 2,922 yang diluluskan, dengan kira-kira 1,300 daripada mereka menetap di Australia dengan visa jangka pendek.
Sebaliknya, 8,746 rakyat Israel telah diberikan visa, dengan hanya 235 permohonan ditolak.
Perbezaan ini telah mencetuskan kritikan daripada pelbagai organisasi hak asasi manusia, termasuk Amnesty International, yang menyifatkan penolakan besar-besaran visa rakyat Palestin sebagai pengabaian tanggungjawab kemanusiaan Australia.
Sementara itu, Ketua pembangkang parti politik Australia, Peter Dutton, juga telah menyuarakan kebimbangan, mencadangkan bahawa membenarkan rakyat Palestin dari Gaza masuk ke Australia boleh menimbulkan risiko keselamatan negara.
Mengapa rakyat Palestin pilih Australia?
Rakyat Palestin memilih Australia kerana peluang ekonomi dan pendidikan yang lebih baik, proses imigresen yang lebih jelas, komuniti diaspora yang besar, serta keselamatan dan kestabilan yang ditawarkan.
Perbezaan Proses Imigresen Australia & Malaysia
Proses imigresen di Australia lebih kompleks dan memerlukan lebih banyak dokumen serta masa pemprosesan yang lebih lama berbanding Malaysia. Australia menawarkan pelbagai jenis visa termasuk visa pelarian dan kemanusiaan, manakala Malaysia memerlukan penaja untuk kebanyakan visa dan tempoh pemprosesan biasanya lebih singkat.








