Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Member office aku. Nama die Zuriyati. So aku panggil die Kak Yati. Sebab die lagi berusia dari aku siket. Kalau sesiapa tahu dan boleh tolong tafsirkan pebenda yang terjadi ni. Tolonglah bantu kawan aku ni.
And This Week. Benda yang sama terjadi lagi. Tapi kali ni. Die set kat hp husband die dengan die. ‘Majusi’ . Lain masa. Tapi hari yang sama lagi. Rabu, khamis dengan Jumaat. Kenapa mesti hari tu? Can anyone explain. Btw, dieorg dah buat macam2 dh. Benda dalam rumah tu .still lagi melawan.
Lepas tu banyak macam cahaya bebola putih dok terbang melilau. Dalam rumah. Kalau korang tgk cerita entiti or paranormal. Mesti nampak bebola putih tu kan. Tu di panggil entiti/ orb. Haa. Yang tulaa. Dia terbang2 dalam rumah.
Bangun Tengok aku !! Berani dah reveal diri dia sekarang. Actually, before this lepas kejadian yg bulan 1 tu. Dh takde apa sangat berlaku, just org main tarik kaki, kena tindih macam tu je.
Okay, sambungan untuk gambar and suara video. Last week, husband kak yati tgh duduk dekat ruang tamu, sambil main phone/game. Tetiba masa tu, husband kak yati cakap. ” Mommy, jangan keluar bilik. ” so kak yati pun follow jelaa . Cakap husband dia. Ingat lipas ke apa.
![]() |
Gambar ini telah dimuat naik oleh Faten, namun telah dibuang pada 5.22 petang, 8 April 2016. |
Pastu, the same week. Masa tgh nak check camera punya punya pixel. Tercapture la something kat dapur. Benda tu belakang dia. Kitorang kat office pun. Bincang and cuba nak jelaskan gambar tu thru comp. And kawan aku bagi tau. Benda tu dari Hindu, and aku cuba translate kan dari bahasa Hindu ke Malay. And apa aku dapt? MATI .
Posted by Faten Nurfahana on Thursday, April 7, 2016
Demikianlah perkongsian cerita dari Faten. Namun, menjadi persoalan kami ialah, kenapa siarkan gambar palsu dan mendakwa kononnya itu gambar makhluk halus tersebut? Gambar yang telah dibuang pada 5.22 petang 8 April 2016 itu didakwa gambar yang anda boleh cari di Google Images yang mana itu adalah gambar seperti di bawah:
Gambar yang dimuat oleh Mohamad Syafiq Saad merupakan gambar penuh yang membongkarkan bahawa gambar yang dikongsikan oleh Faten yang mendakwa ia diberikan oleh rakannya itu adalah gambar makhluk tersebut.
Memberikan alasan “tak tahu, kawan yang bagi,” tidak dapat diterima dan jika benar rakan yang berikan, kenapa dibuang? – PIXEL MEDIA