Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Rantai kunci atau anak patung unta menjadi antara cenderahati ‘wajib’ yang dibeli oleh jemaah Haji dan Umrah sebelum pulang ke tanah air.
Bagi kanak-kanak, pemberian ini cukup bermakna lebih-lebih lagi apabila diberikan sendiri oleh datuk atau nenek tersayang.
Baru-baru ini, tular sebuah video menyentuh hati memaparkan seorang datuk yang membawa pulang sebanyak 15 patung anak unta dari Mekah sebagai ole-ole istimewa buat cucu-cucunya di Malaysia.
Baca juga:
- ‘Bukan 50, tapi 200 luka tikaman pada anak saya’ – Ibu mangsa
- Tak adil salahkan Menteri Pendidikan atas tragedi di sekolah – Timb. Ketua wanita Keadilan
- KPM perkenal subjek Pendidikan Karakter, harap lahir generasi lebih beradab dan berakhlak
Berdasarkan rakaman berkenaan, kelihatan 15 patung anak unta pelbagai warna digantung pada tali dan disandang di bahunya.
Gelagat pasangan warga emas itu yang baru tiba di balai ketibaan nyata mencuri perhatian orang ramai, apatah lagi dengan ‘kumpulan unta mini’ yang turut sama dibawa pulang.
Dalam beberapa video lain, kelihatan pula cucu-cucu mereka memanggil nama datuk dan nenek sambil berlari mendapatkan pelukan penuh kerinduan.
“Pergi Haji, bawa balik satu kandang unta untuk cucu,” seloroh salah seorang ahli keluarga dalam rakaman itu.
Rata-rata netizen memuji sikap warga emas berkenaan yang bukan sahaja tidak lupa membawa cenderahati, tetapi turut menunjukkan kasih sayang yang mendalam terhadap cucu-cucu mereka.