Atlis Holidays Sdn Bhd menafikan dakwaan bahawa individu yang dikaitkan dengan kes pukul remaja di Kajang adalah Penasihat Syariah syarikat mereka. Syarikat itu menjelaskan bahawa individu terbabit hanya bekerja sebagai mutawif secara freelance dan bukan pegawai tetap mereka.
Dalam kenyataan rasmi semalam, syarikat menegaskan tidak pernah melantiknya sebagai Penasihat Syariah. Dakwaan itu timbul kerana individu berkenaan menyatakan jawatan tersebut dalam profil media sosialnya.
BACA LAPORAN BERKAITAN:
Lelaki berjubah tumbuk pelajar hingga patah hidung di Kajang
‘Dah kenapa aniaya anak orang macam tu?’
Lelaki tumbuk pelajar hingga hidung retak ditahan polis
Lelaki tampar pelajar sekolah beri penjelasan, akui kesilapan dan serah diri kepada polis
Tular video dashcam dedah cara pemanduan pelajar sebelum ditampar
“Pihak syarikat tidak mempunyai sebarang kaitan dan/atau tanggungjawab dan/atau liabiliti terhadap tindakan peribadi pelaku tersebut. Akhlaknya pelaku tidak mewakili keseluruhan syarikat. Tugas beliau sebagai mutawif diberhentikan serta-merta,” kata Atlis Holidays.
Syarikat juga telah membuat laporan polis bagi melindungi reputasi mereka. Ini kerana individu terbabit memaparkan maklumat syarikat dalam hantaran media sosial sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.
- Tular aksi ‘manja’ pasangan di kedai makan, JAIM jalankan siasatan
- Macklemore digugurkan daripada jelajah Ed Sheeran selepas laung ‘Free Palestine’
- ‘Nak bersuara tak ada masalah, tapi jangan menuduh tanpa bukti’ – Mohamad Sabu
- Insiden atlet tercirit, HYROX mohon maaf, akui gagal bertindak segera
- WHO dilapor bakal henti bekalan diesel ke lebih 20 hospital, pusat kesihatan Gaza
Atlis Holidays turut memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang jika terdapat hantaran yang berbaur fitnah, ancaman atau ugutan terhadap syarikat. Mereka menegaskan bahawa syarikat tidak boleh dikaitkan dengan perbuatan individu tersebut.
“Kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan adil oleh pihak berkuasa,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun mendakwa dipukul oleh individu berkenaan di Saujana Impian, Kajang. Kes itu tular selepas mangsa memuat naik video menunjukkan dirinya mengalami lebam dan bengkak di wajah.
Mangsa mendakwa individu tersebut bertindak ganas selepas berlaku pertengkaran. Kejadian ini mendapat perhatian ramai, dengan desakan agar tindakan tegas diambil terhadap pelaku.
Polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. Siasatan masih dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.








