Astro beri peringatan, individu jual peranti penstriman dengan kandungan miliknya tanpa izin akan didenda maksimum RM200K, penjara 20 tahun - The Reporter

Astro beri peringatan, individu jual peranti penstriman dengan kandungan miliknya tanpa izin akan didenda maksimum RM200K, penjara 20 tahun

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Bagi mereka yang terpengaruh untuk menjual peranti penstriman yang telah dimuat naik dengan kandungan Astro tanpa kebenaran untuk mendapatkan keuntungan mudah, dinasihatkan untuk mempertimbangkan semula perbuatan tersebut.

Ini kerana kerajaan pada ketika ini sedang mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan itu.

Dalam satu kenyataan, Astro mengatakan bahawa, enam pertuduhan telah dibuat di mahkamah di bawah Seksyen 43AA (1)(c) Akta Hak Cipta 1987.

Tambahnya, kes terkini yang berlaku kelmarin menyaksikan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menjatuhkan hukuman denda terhadap seorang individu sebanyak RM10,000. Selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menjual peranti penstriman yang telah dimuat naik dengan kandungan Astro tanpa kebenaran.

Kenyataan itu turut memberi peringatan bahawa kemas kini pada undang-undang hak cipta yang telah diwartakan pada Februari 2022, kini menetapkan hukuman yang lebih berat.

“Sesiapa yang didapati bersalah boleh didenda sehingga RM200,000, dipenjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali,” kata Astro dalam satu kenyataan.

Syarikat itu berkata, denda sebanyak RM20,000 telah dikenakan terhadap individu lain yang tidak didedahkan namanya pada 16 Jun lalu aats kesalahan yang sama.

Penjualan peranti penstriman haram dan aplikasi perisian berkaitan yang membolehkan akses tanpa kebenaran kepada kandungan hak cipta adalah aktiviti jenayah.

Astro berkata, pindaan pada Akta Hak Cipta diikuti dengan pengisytiharan Mahkamah Tinggi Harta Intelek di Kuala Lumpur pada Mei 2021 bahawa, penjualan, tawaran untuk dijual, pengedaran atau bekalan ISD yang memberikan akses tanpa kebenaran kepada karya hak cipta merupakan pelanggaran hak cipta di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Menurut Astro, pihak yang disabitkan kesalahan dalam kes mahkamah kemlarin, mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut pada 20 Julai di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya. Di mana sembilan peranti penstriman, termasuk satu peranti penstriman yang telah dimuatkan dengan kandungan miliknya tanpa kebenaran, ditemui semasa serbuan dilakukan.

Sumber: Malay Mail

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!