Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Pendidikan merupakan satu perkara yang penting bagi menjamin kehidupan yang lebih cerah. Setelah habis sahaja pendidikan di peringkat rendah, kebanyakan ibu bapa mula terfikir memasukkan anak-anak mereka ke sekolah menengah yang lebih berpotensi selaras dengan keputusan anak-anak.
Jika sebelum ini, ibu bapa berlumba-lumba mahu masukkan anak mereka ke sekolah berasrama penuh. Namun satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengarah urusan sebuah syarikat yang dikenali sebagai Encik Fahdi Ghazali ini menyatakan melalui perkongsian dari rakannya, dia tidak mahu memasukkan anak mereka ke sekolah berasrama.
Alasan yang dikemukakan adalah bukan kerana keputusan kurang memberangsangkan, tetapi berkait dengan isu LGBT.
“Kawan saya doktor bagitahu dia tak akan masukkan anak-anak dia ke sekolah asrama penuh. Saya terkejut sebab kawan saya ni asalnya dari sekolah asrama penuh. Dia kata sekarang semuanya berbeza.
“Anak-anak kita sekarang terdedah dengan dunia luar. Contohnya LGBT sebenarnya sudah meresap ke dalam anak-anak kita tanpa sedar. Sebab mereka selalu tengok video-video. Kalau mereka terjebak dari awal, mereka susah nak kikis benda tu bila mereka dah tua.
“Jadi jaga-jaga tengok anak-anak kita tengok apa. Apa yang berlaku kebobrokan (kehancuran) masyarakat akan bermula dan dia bermula dengan serius,” katanya.
Disoal pada rakannya perancangan yang perlu diberikan kepada anak-anak mereka bagi mengelakkan perkara ini berlaku.
“Sudah tiba masanya untuk penuhkan dada mereka dengan apa yang Islam ajar. Suruh mereka pandai silaturahim,jangan duduk dalam bubble sorang-sorang, selalu bercakap dengan yang lain. Selain itu, pastikan mereka dekat dengan agama,hantar ke sekolah agama peringkat awal ni supaya mereka tahu halal dan haram,” katanya.
Menerusi ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menyatakan cara kehidupan dan sosial pelajar asrama penuh dulu berbeza dengan sekarang.
Sumber: Fahdi Ghazali