Aspirasi cadang Premier Sarawak dinamakan semula sebagai Perdana Menteri Sarawak | The Reporter

Aspirasi cadang Premier Sarawak dinamakan semula sebagai Perdana Menteri Sarawak

Premier Sarawak dinamakan Perdana Menteri
Premier Sarawak, Abang Johari | Foto: Borneo Post Online

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bagi memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai rakan setara dalam Persekutuan Malaysia, Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) mencadangkan agar jawatan Premier Sarawak dinamakan semula sebagai Perdana Menteri Sarawak.

Presiden Aspirasi, Lina Soo, berkata penamaan ini sesuai dengan kedudukan autonomi Sarawak dan mengambil contoh sejarah Lee Kuan Yew yang pernah bergelar Perdana Menteri Singapura ketika negara itu masih sebahagian daripada Malaysia.

“Langkah ini wajar dilakukan sekiranya kita benar-benar ingin konsisten dengan tuntutan status rakan setara Sarawak,” katanya memetik laporan Borneo Post Online.

Tambahnya lagi, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kini memikul tanggungjawab besar dengan memegang tiga portfolio utama iaitu Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu, Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli, serta Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar.

Lina mencadangkan penubuhan Kementerian Minyak yang dilengkapi pakar undang-undang minyak, perlembagaan, dan penasihat antarabangsa bertaraf tinggi bagi mengembalikan hak minyak dan ekonomi kepada Sarawak.

“Kementerian ini penting kerana fungsi tersebut tidak sesuai dijalankan oleh Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar,” jelasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Khuzairi Ismail), Borneo Post Online

Related Posts