Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap pekerja Indonesia yang membunuh majikan yang cuba merogolnya - The Reporter

Arab Saudi jatuhkan hukuman mati terhadap pekerja Indonesia yang membunuh majikan yang cuba merogolnya

Rakyat Indonesia mengecam tindakan kerajaan Arab Saudi yang menjatuhkan hukuman mati terhadap warganya yang bekerja di negara itu, Tuti Tursilawati, tanpa memaklumkan kepada Kerajaan Indonesia terlebih dahulu. 

Tursilawati dijatuhkan hukuman mati pada 2011 kerana didakwa membunuh majikannya. Ibu kepada dua orang anak itu mendakwa, dia berbuat demikian kerana mahu mempertahankan diri selepas majikannya menyerangnya secara seksual. 



Perlaksanaan hukuman itu dilakukan pada 29 Oktober lalu di bandar Ta’if, Arab Saudi. 
Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo menuntut penjelasan dari Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, mengapa Jakarta tidak dimaklumkan mengenai perancangan mereka untuk melaksanakan hukuman itu terhadap Tursilawati. 
“Kami telah menghubungi menteri luar Arab Saudi dan menyatakan protest kami,” kata Jokowi yang disampaikan oleh setiausaha kabinetnya. 

Kabar duka kembali datang dari Arab Saudi. Tuty Tursilawati, pekerja migran Indonesia asal Majalengka, dieksekusi mati pada 29 Oktober 2018 kemarin.
.
Eksekusi hukuman mati ini lagi-lagi dilakukan tanpa ada notifikasi kepada Pemerintah Indonesia.#RIPTuty #stophukumanmati pic.twitter.com/pg5i52IY2Y

— Migrant CARE (@migrantcare) October 30, 2018




“Kerajaan Arab Saudi mengabaikan prinsip hak kemanusiaan, termasuk hak semua orang untuk terus hidup,” kata Abidin Fikri, Ahli Parlimen Indonesia. 
Kes Tursilawati dijatuhkan hukuman mati adalah kes keempat dalam tempoh tiga tahun di mana Kerajaan Arab Saudi gagal memaklumkan kepada Jakarta sebelum melaksanakan hukuman tersebut dan jumlah keseluruhan warga Indonesia (pekerja) dihukum mati di bawah undang-undang negara itu adalah 18 orang. 
Sumber: Next Shark
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!