Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
KUALA LUMPUR – Sehingga kini masih belum ada sebarang reaksi dari Mentor Milenia 2017, Hazama atau nama penuhnya Hazama Ahmad Azmi mengenai ‘hak pakai fesyen celoreng’ yang dibangkitkan oleh Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia, semalam.
Berfesyen Tidak Kena Dengan Gaya. Apa Hak Anda Untuk Pakai Fesyen Celoreng???
Masih ada lagi manusia yang tidak peka…
Posted by Rakyat Sokong Angkatan Tentera Malaysia on Sunday, 12 February 2017
Status kekesalan laman berkenaan viral di media sosial dan telah dikongsi 3,448 kali oleh pengguna Facebook. Namun ada segelintir netizen yang menyuarakan pandangan bahawa adalah tidak wajar menyalahkan Hazama dalam hal ini.
Bagaimanapun, di dalam Seksyen 140 menyatakan, adalah satu kesalahan bagi orang awam memakai apa-apa pakaian yang menyerupai askar dengan niat supaya boleh dipercayai bahawa ia adalah seorang askar. Jika didapati bersalah, boleh dipenjara selama tiga bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali. – The Reporter










