Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Misteri kehilangan seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sejak lebih seminggu lalu akhirnya terjawab apabila dia ditemui bersembunyi bersama teman wanitanya di sebuah kondominium di Ampang Jaya, tengah hari tadi.
Laskar Udara Kanan Muhammad Ammar Mohd Ariffin, 27, dikesan dalam bilik unit kediaman milik wanita berkenaan selepas polis menjalankan pemeriksaan berdasarkan maklumat awam.
Baca juga:
- Bank Dunia cadang umur keluar KWSP dinaikkan sehingga 70 tahun
- Gelandangan kini semakin ‘memilih’ makanan akibat agihan berlebihan – Zaliha
- Anwar Ibrahim kini tokoh Muslim ke-10 paling berpengaruh dunia 2026
Polis sahkan tiada unsur jenayah
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad mengesahkan tiada unsur jenayah atau kesan kecederaan ditemui pada tubuhnya. Bagaimanapun, pihak berkuasa kini meneliti keterangan Ammar berhubung tindakannya menghilangkan diri sehingga menimbulkan kekecohan.
Difahamkan, Ammar sebelum ini dikatakan ketakutan selepas terbabit dalam kemalangan kecil dengan kenderaan seorang pegawai tentera di Subang. Sejak itu, dia gagal dihubungi keluarga serta tidak hadir melapor diri ke kursus TUDM seperti diarahkan, sebelum akhirnya ditemui bersama teman wanitanya.
Sumber: Harian Metro








