Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
HULU LANGAT, SELANGOR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memandang serius kes seekor tapir mati dipercyaai akibat penggunaan kaedah pengendalian penyelamatan yang kurang sesuai, lapor Harian Metro.
![]() |
| Tapir terbabit pada awalnya terperangkap di longkang |
Siasatan awal mendapati, ada bahagian badan haiwan itu iaitu kulit, telinga, kaki kanan di hadapan dan belalai telah dipotong.
Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menafikan anggotanya menggunakan kaedah salah ketika menyelamatkan tapir berkenaan. Sebaliknya APM mendakwa haiwan itu telah dijerut dan diikat dengan tali oleh orang ramai sebelum anggota APM dan bomba tiba di lokasi kejadian.
![]() |
| Saksi kejadian |
Anggota APM dan bomba kemudian mengambil keputusan mengikat tali pada kaki tapir itu bagi memudahkan kerja memotong tali yang terikat di leher haiwan itu menggunakan alat pemotong. Bagaimanapun sebaik saja tali berjaya dipotong, anggota APM yang membuat pemeriksaan nadi mendapati haiwan itu sudah tidak bernyawa.














