'Anak Saya Nyaris Diculik Ketika Dalam Jagaan Suami!' - The Reporter

‘Anak Saya Nyaris Diculik Ketika Dalam Jagaan Suami!’

Apa yang berlaku hari ini, menjadi pengajaran dan pengalaman yang sangat bermakna. Anak saya nyaris diculik di depan mata ketika berada di dalam pelukan suami saya sendiri. 
Selama ini saya hanya mendengar dan membaca dari pengalaman orang-orang sekelililing. Kejadian yang berlaku itu memang sangat tidak disangkakan. 
1 Julai 2016, 2.45 pagi. Suami saya membawa anak perempuan kami yang berusia setahun, berdua menaiki motosikal jenis Honda EX5 untuk mengisi minyak di stesen minyak berdekatan dengan kawasan rumah. Jarak ke rumah hanya dalam 10 minit melalui jalan besar iaitu jalan utama menuju ke Hicom Shah Alam. Berdepan dengan stesen minyak itu juga, ada McDonald terletak di jalan besar. 
Suami perasan kehadiran sebuah kereta Toyota Hilux Hitam selepas keluar dari kawasan rumah, iaitu di jalan utama sebelum persimpangan lampu isyarat. Hilux itu datang dari arah Puchong. 
Selepas memotong motosikal yang dinaiki suami, Hilux itu terus memperlahankan kenderaannya. Suami hanya beranggapan mungkin kerana lampu isyarat merah. 
Setibanya di stesen minyak, Hilux itu berhenti di sebelah motosikal suami. Dua lelaki Melayu berbadan tegap berusia dalam lingkungan 30-40-an bertanya pada suami. 
“Anak siapa tu?”
“Anak sayalah,” jawab suami. 
Anak saya pada ketika itu berada di dalam dukungan suami. Selesai membuat pembayaran di kaunter, Hilux itu tadi terus terus block kenderaan mereka di hadapan suami dan meminta untuk menghantar anak saya pulang ke rumah. 
Suami dah mula rasa tak sedap hati dan pelik. 
“Tak apa, ini anak saya. Tak payah,” tegas suami. 
Namun mereka berkeras juga ‘menawarkan’ bantuan yang tidak diperlukan itu. 
“Kalau nak hantar balik, jomlah ikut dari belakang,” kata suami. 
“Bagilah saya pegang anak abang tu, saya hantarkan balik,” kata salah seorang. 
Suami terus hidupkan enjin motosikal tanpa sempat mengisi minyak dan beredar. Tetapi tak habis di situ, Hilux tadi terus mengejar suami saya sehingga ke seberang jalan besar, di lampu isyarat. 
Pada masa itu, tiada kenderaan yang lalu dan suami langgar lampu merah untuk terus pulang ke rumah. Hilux tadi terus mengejar dengan menyalakan lampu polis! 
Syukur suami dapat melepaskan diri. Setelah tiba di kawasan perumahan berdekatan, kerana laluan di situ sempit, tempat parking kereta penduduk PPR dan jalan yang kurang elok dan berbonggol. Alhamdulillah, anak saya tak merengek atau menangis semasa suami berusaha mahu melarikan diri dari Hilux itu. Dia pun macam tergamam. 
Alhamdulillah. Tidak dapat bayangkan perasaan ibu bapa yang kehilangan anak, yang diculik, dilarikan. Sedangkan semalam, suami merasa kekalutan mencari kunci rumah nak membuka pintu, nak melarikan diri dan anak. Tak dapat bayangkan seandainya Hilux itu tadi berjaya memintas motosikal suami dan memberhentikannya.  Allahu!
Ibu bapa dan sesiapa pun yang membawa anak kecil, tolong sentiasa berhati-hati dan berwaspada dengan orang di sekelililing tak kira di mana jua kita berada. – Mas Aya

Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa di Balai Polis Subang Jaya pada jam 12.34 tengah hari, Jumaat lalu. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!