Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah merampas 210 kotak rumusan susu bayi tiruan, selepas menerima aduan dari pengadu yang juga merupakan pengeluar susu berkenaan. Rampasan bernilai RM42,000 itu dirampas dari lima buah premis yang dalam serbuan yang dilakukan di sekitar Johor Bahru, Khamis lalu.
- Mead Johnson Malaysia dan KPDNKK telus untuk membanteras, sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ini sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa agar tidak terus ditipu.
- Juga sedia utuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari Jabatan Kimia nanti.
Pelbagai ujian dibuat termasuk alergik test. Result semua okay untuk Mikael, tiada apa-apa alergik. Setiap najis diambil untuk ujian namun doktor masih tiada jawapan untuk punca. Selama berada di hospital, Mikael masih cirit-birit dan demam on off, merah-merah di seluruh muka dan badan sekejap ada sekejap hilang.
Oh ya, sepanjang berada di hospital. Saya tak bagi Mikael apa-apa solid food. Yelah, doktor suspek mungkin alergik dari makanan tambahan. Tetapi Mikael masih minum susu Enfalac. Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan. Lagipun Mikael bukan baru minum susu itu. Dah beberapa bulan sebelum itu.
Yang tanya saya beli dari mana, saya tidak dapat nak nyatakan di sini sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ini. Kita menunggu jawapan dari mereka nanti.














