'Anak Mama kuat!' - Abby Abadi titip pesanan buat Marissa | The Reporter

‘Anak Mama kuat!’ – Abby Abadi titip pesanan buat Marissa

Abby Abadi beri nasihat kepada Marissa ketika kes pengesahan lafaz cerai Ahmad Aslam dibicarakan di mahkamah syariah.
Gambar: Instagram Abby Abadi.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan dan selebriti, Abby Abadi menitipkan pesanan penuh makna buat agar menghargai kehidupan dan tidak mengikut arus tanpa tujuan, di tengah kemelut rumah tangga melibatkan anaknya, Marissa Dania Hakim.

Abby menasihatkan supaya terus belajar memahami erti hidup, selain menegaskan nilai sebenar kehidupan terletak pada ketenangan jiwa, bukan kehebatan semata-mata.

“Pusing-pusing dulu lihat keindahan bumi milik ALLAH ini. Bagi peluang untuk diri merasa nikmat kehidupan yang ALLAH anugerahkan.

“Kalau hari ini, adik (Marissa) beluam faham erti hidup, tak apa. Yang penting terus belajar. Jangan buat sesuatu sebab ramai buat, tapi buat bila sesuatu itu memberi nilai untuk hidup. Nilai hidup bukan pada siapa paling hebat, tapi pada jiwa dan hati yang tenang,” pesannya.

Menurut Abby, pada usia muda, kesilapan bukan bermakna kegagalan sebaliknya proses untuk menjadi insan lebih baik dan matang. Beliau turut memberi kata semangat dengan menyifatkan anaknya sebagai seorang yang kuat dalam menghadapi ujian kehidupan.

“Nasihat mama, adik baru 20 tahun. Kesilapan itu bukan makna adik gagal. Itu tanda sedang belajar jadi manusia yang lebih baik dan matang. Anak Mama kuat!” katanya.

Baca juga:
Pengesahan lafaz cerai

Dalam pada itu, memetik laporan Kosmo, pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah sebelum kembali rujuk dalam tempoh berbeza. Peguam syarie mewakili Aslam memaklumkan lafaz cerai pertama berlaku sekitar September 2024 dan dirujuk semula pada bulan sama, manakala lafaz kedua pada April 2025 sebelum rujuk pada Jun 2025.

Jelasnya, pihaknya tidak memfailkan perceraian, sebaliknya hanya memohon pengesahan lafaz cerai dan rujuk yang telah berlaku di luar mahkamah. Permohonan itu difailkan pada 10 Mac 2026 dan kini dalam proses di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menentukan kesahihan lafaz berkenaan.

Bagaimanapun, kes tersebut menjadi lebih rumit kerana pasangan itu masih belum memperoleh sijil nikah selepas bernikah di Thailand, selain proses pendaftaran perkahwinan di Malaysia yang belum selesai sepenuhnya.

Memetik laporan Harian Metro pula, mahkamah menangguhkan sebutan kes ke satu tarikh lain berikutan terdapat beberapa isu hukum syarak dan undang-undang yang perlu diperhalusi terlebih dahulu. Ahmad Aslam ketika ditemui enggan mengulas lanjut dan hanya memohon doa yang baik, manakala Marissa dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Related Posts