Anak dedah hubungan dengan Zainal Abidin sudah lama keruh? - The Reporter

Anak dedah hubungan dengan Zainal Abidin sudah lama keruh?

Hubungan Zainal Abidin dan anak
Timur Gabriel, Zainal Abidin

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Timur Gabriel, 30, anak perempuan kepada penyanyi terkenal, Datuk Zainal Abidin, 66, baru-baru ini mendedahkan bahawa dia telah lama terputus hubungan dengan bapanya. Perkara ini dikongsikan Timur dalam satu sesi podcast yang menarik perhatian ramai di media sosial.

Menurut Timur, hubungan mereka menjadi dingin sejak sekian lama, malah mendakwa tiada usaha daripada Zainal untuk memperbaiki keadaan.

“Kami masih ada nombor telefon masing-masing, tetapi dia tidak pernah bertanya khabar. Dia tidak pernah menghubungi saya untuk mengucapkan selamat hari lahir atau selamat hari raya.

“Jika dia menghubungi saya sebelum ini, pertanyaannya hanya berkisar kepada ‘awak sembahyang tak?’,” kata Timur.

Tambah Timur, kali terakhir dia menerima ucapan hari raya atau ulang tahun daripada bapanya adalah ketika berusia sembilan tahun. Timur juga menjelaskan hubungan tersebut kekal hambar sehingga kini.

Timur merupakan anak hasil perkahwinan Zainal dengan bekas isterinya, Natasha Gabriel. Selain Timur, mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki, Mikhail. Namun, selepas pasangan itu bercerai pada Disember 2000, kedua-dua anak mereka berada di bawah penjagaan Natasha.

Cubaan untuk mendapatkan penjelasan daripada Zainal gagal apabila beliau tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp daripada pihak media.

Sumber: Harian Metro, Instagram

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!