Amukan Guru Tuisyen

MELAKA – Seorang murid perempuan berusia 8 tahun lebam di beberapa bahagian badan akibat dirotan oleh guru tuisyen kerana gagal menyiapkan kerja rumah yang diberikan, pada 13 April lalu. 
Lapor Harian Metro, guru wanita berusia 37, mengajar di sebuah pusat tuisyen di Gajah Behrang itu kemudian ditahan polis pada jam 10.30 malam kelmarin.
Difahamkan, datuk mangsa merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan cucunya itu setelah menemui kesan lebam pada kaki, tangan dan badan, sebaik saja pulang dari kelas tuisyen. 
Terkejut dengan insiden yang menimpa cucunya itu, beliau terus membawanya ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Rabu lalu. 
Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah mengambil tindakan sejurus laporan dibuat oleh datuk mangsa.

Bagaimanapun, guru terbabit dibebaskan semalam dengan jaminan polis selepas keterangan direkodkan dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. – PIXEL MEDIA
Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!