Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Personaliti media sosial, Amar Nazhan memilih untuk memaafkan sesiapa sahaja yang berkata buruk terhadapnya.
Ini susulan video tular yang merakamkan dirinya membuat konten sambil mengunyah kentang goreng yang disifatkan netizen sebagai satu kelakuan yang tidak sopan.
Kelakuannya itu bukan hanya dikecam, malahan dijadikan sebagai parodi sehingga tahap melakukan face shaming kepadanya.
“Memang tak patut makan macam tu. Am pun dah buat permohonan maaf, kita akui salah kita, kita terbuka dan benda tu tak akan berulang,
“Kita fokus ke depan, kita perbaiki kelemahan kita
“Pada yang face shaming saya itu tidak mengapa, saya terima kekurangan saya. Yang jadikan saya ni pun Allah S.W.T, jadi saya terima diri saya seadanya,” katanya.
Walaupun berdepan dengan pelbagai kecaman, dia menyatakan ibu bapanya merupakan penguat semangat dia menghadapi sebarang kemungkinan.
“Mak dan ayah saya selalu nasihat perkara baik. Kalau mereka tiada saya pun tak tahu sebab saya pun lemah semangat kekadang,” katanya.
Sumber: mStar