Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Usahawan dan personaliti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencipta sensasi apabila berjaya mencatatkan jualan mencecah RM1 juta dalam tempoh hanya 2 minit 32 saat dalam satu sesi penstriman langsung malam tadi menerusi jualan koleksi beg tangan denim.
Kejayaan luar biasa itu turut melayakkan beliau memasuki Malaysia Book of Records sebagai pemegang rekod jualan tertinggi dalam masa paling singkat.
Menerusi hantaran di media sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa syukur dan terharu atas sambutan hangat rakyat Malaysia terhadap sesi jualan produk keluarannya.
“Syukur Alhamdulillah. Sujud syukur pada-Mu ya Allah. Sejujurnya saya sungguh tak sangka atas pencapaian ini,” tulis beliau.
Baca juga:
- JPNS larang sekolah tahan sijil pelajar gagal bayar yuran PIBG
- ‘Tiada pelanggaran SOP iring banduan’ – Jabatan Penjara
- Kanak-kanak 7 Tahun alami kecederaan serius, 50% saraf kaki rosak akibat dilanggar kereta
Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan kepada para pembeli dan penyokong setia yang menjayakan sesi jualan tersebut.
“Terima kasih semua. Terima kasih rakyat Malaysia yang menyokong kami malam ini kerana kami berjaya memecahkan Malaysia Book of Records,” tambah beliau.
Menerusi video yang dikongsikan, Aliff Syukri turut sebak dengan pencapaian yang dimiliki. Kejayaan tersebut juga diraikan bersama keluarganya.
Sementara itu, isteri beliau, Datin Shahida juga menzahirkan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan.
Terdahulu, rekod jualan terpantas itu dipegang oleh pempengaruh dan usahawan Khairul Aming yang mencatat jualan sambal Dendeng Nyet dalam tempoh 3 minit 39 saat pada Februari tahun lalu, namun kini berjaya diatasi oleh Aliff Syukri dengan catatan masa lebih pantas.








