Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Isteri pelawak terkenal, Watie, mendedahkan bahawa suaminya, Shuib, telah meningkatkan nafkah yang diberikan kepadanya.
Menerusi satu hantaran di Instastory, Watie berkongsi gambar tangkap layar transaksi kewangan yang dilakukan oleh Shuib. Menurut Watie, dia tidak pernah menyuarakan sebarang ketidakpuasan hati mengenai nafkah yang diterimanya.
Dia percaya Shuib bertindak demikian mungkin mengambil iktibar daripada kes perceraian Fattah Amin dan Fazura yang hangat diperkatakan.
Walaupun tidak menyatakan jumlah sebenar yang diterima, Watie memaklumkan bahawa jumlah tersebut adalah lebih tinggi berbanding sebelumnya.
“Alhamdulillah, sejak kes Fattzura, suami tambah duit nafkah. Walaupun bini tak pernah mengadu tak cukup, tapi mungkin dia jadikan iktibar dalam diam,” tulis Watie di Instastory miliknya.

Watie turut menasihati pasangan suami isteri agar bertolak ansur dan belajar dari pengalaman orang lain.
“Suami isteri harus mengambil pengajaran dari kisah orang lain untuk saling bertolak ansur dan memahami.
“Kehidupan rumah tangga harus dilalui bersama, menikmati suka duka dan susah senang hingga ke akhir hayat,” katanya.
Fahami Maksud Nafkah Sebenar
Nafkah dari suami bukan sekadar wang, tetapi juga keperluan asas seperti tempat tinggal, makanan, pakaian, dan keselamatan.
Suami perlu memastikan isteri dan anak-anak mendapat tempat tinggal selesa serta keperluan harian mencukupi.
Nafkah merangkumi semua aspek kehidupan untuk memastikan keluarga hidup selesa, bukan hanya bantuan kewangan semata-mata.








