'Alhamdulillah dapat belikan hadiah anniversary berharga RM150K untuk you' - YouTuber hadiahkan motor Ducati Panigale v4s untuk suaminya - The Reporter

‘Alhamdulillah dapat belikan hadiah anniversary berharga RM150K untuk you’ – YouTuber hadiahkan motor Ducati Panigale v4s untuk suaminya

Pasangan yang sudah berkahwin, sudah pasti ada cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang atau penghargaan terhadap pasangannya. Apa yang penting, orang tersayang sentiasa berada di sisi di saat suka dan duka. 

Baru-baru ini, seorang YouTuber popular, Alieff Irfan, dihadiahkan sebuah motosikal Ducati Panigale v4s bernilai RM150,000 oleh isterinya, Nurul Nabilah atau Bella, sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ketiga. 

Menurut Bella, dia memperoleh bayaran sebanyak RM150,000 hasil daripada membuat video live selama sejam di aplikasi popular, TikTok. 

“Alhamdulillah, hasil I live di TikTok selama sejam sahaja. I dapat belikan you hadiah anniversary berharga RM150,000 and upah untuk you sebab tolong I live di TikTok juga. I ikhlas dan tak ada nak minta balasan apa pun,” katanya. 

Sedar pemberiannya itu akan mengundang pelbagai reaksi netizen, Bella enggan mengambil pusing dan hanya mahu suaminya mengetahui bahawa hadiah yang diberikan itu adalah ikhlas daripadanya serta tidak mengharapkan balasan. 

“Kami berdua bukanlah berasal daripada keluarga yang kaya raya. Mesti akan ada orang cakap, alaa, motor je pun, murah je pun. Tetapi tak apa, orang lain tak nampak kami susah senang bersama-sama, struggle sama-sama. Sebab itu setiap hasil yang kami miliki, kami akan hargai sangat-sangat,” katanya. 

Dalam pada itu, Bella juga berharap dia akan menjadi isteri yang terbaik untuk Alieff, pandai berdikari dan tidak akan menyusahkannya.

“I nak jadi the best wife, an independent wife and takkan menyusahkan you. I akan selalu support you dari belakang. Harap you happy sayang. Love you sayang,” ujarnya. 

Pasangan Alieff dan Bella mendirikan rumah tangga sejak 14 Februari 2020 dan dikurniakan sepasang anak kembar yang kini berusia lapan bulan. 

Sumber: Bellestrelle, mStar Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!