'Alhamdulilah, negatif' - Zahnita dedah diminta buat ujian saringan air kencing | The Reporter

‘Alhamdulilah, negatif’ – Zahnita dedah diminta buat ujian saringan air kencing

Sumber Gambar: Utusan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Bekas model dan pelakon, Zahnita Wilson mendedahkan telah diminta oleh pihak berkuasa untuk menjalani ujian saringan air kencing sebelum membuat permohonan untuk mendapatkan polis pengiring untuk menjemput dua ankanya di rumah suaminya pada Rabu.

Zahnita bagaimanapun bersyukur apabila hasil ujian saringan berkenaan adalah negatif.

“Saya dapat hak jagaan terhadap dua anak perempuan semalam (Rabu) dan seorang lagi yang sulung masih dengan ayahnya dan masih menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Sebelum itu, Zahnita Wilson, meluahkan rasa lega selepas berjaya memperoleh perintah sementara hak penjagaan anak-anaknya daripada suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor.

Mahkamah telah memberikan hak penjagaan sementara kepada Zahnita dan membenarkan suaminya melawat anak-anak selama dua jam setiap hujung minggu. Kes hak penjagaan sepenuhnya akan didengar pada 3 Januari tahun depan.

Dalam pada itu, Zahnita menyatakan perjalanan yang dilalui untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak memerlukan kesabaran. Bagaimanapun, beliau lega apabila mendapat hak jagaan sementara anak-anaknya.

Terdahulu, Zahnita mula menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar matanya yang Lebam dan menjawab persoalan ramai mengapa beliau selalu berkaca mata hitam.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts