Mac 2022 lalu, drama Perempuan Itu mendapat bantahan ramai ekoran tindakan pelakon Zul Ariffin membuat satu hantaran di Instagram yang menunjukkan babak panasnya bersama Siti Hariesa, dalam drama itu.
Babak yang melibatkan Siti dan Zul itu menunjukkan mereka saling berpelukan dalam gaya yang menonjol serta aksi Siti menyuap krim putar kepada Zul, mengundang kemarahan orang ramai kerana keterlaluan dan berunsur lucah.
Selain itu, babak itu menerima kecaman para agamawan Islam kerana bertentangan dengan norma tempatan.
Ketika ini pula trending drama bersiri ini yang turut dibintangi oleh Mimi Lana. Siri ini telah memulakan tayangan perdana di Tonton bermula 1 Jun 2023.
Kisah ini mengungkap sebuah perkahwinan yang diuji dengan kecurangan pasangan. Setelah berkahwin selama empat tahun, Khalish lakonan Mimi Lana telah mendapat tahu Emir (Zul Ariffin) sebenarnya mempunyai kekasih yang bernama Seira (lakonan Siti Hariesa).
‘Aku berjaya rampas suami dia masa isteri dia sarat mengandung’
Mimi Lana melalui akaun media sosialnya juga turut membuat promosi berkenaan drama ini dan telah mendapat sambutan yang hangat dari peminat dan juga netizen. Namun,terdapat satu komen yang menarik perhatian ramai yang menyatakan kisah drama ini sangat berkait dengan dirinya.
Wanita ini mengakui pernah menjadi penyebab keruntuhan rumahtangga orang lain.
“Aku pernah menjadi penyondol dan pernah jadi seorang isteri. Aku berjaya ambil suami dia dan isteri dia yang masa tu tengah sarat mengandung. Sebijik macam Khalish. Aku buat sampai diorang bercerai.
“Lepas diorang bercerai, lelaki tu tak kahwin dengan aku, kitorang stay sampai lapan tahun macam laki bini. Desak punya desak, macam-macam alasan dia bagi macam Seira.
Allah bayar ‘cash’
“Lepas 8 tahun aku tinggalkan dia dan aku kahwin dengan orang lain, aku bahagia. Tapi hanya sementara. Aku pregnant. Satu persatu Allah bayar cash pada aku atas apa yang aku pernah buat pada dia dulu. Suami aku cari perempuan lain masa aku sarat mengandung, main dengan perempuan lain.
“Setiap hari aku memendam rasa, setiap hari aku menjadi macam Khalish cari bukti, siasat dan siasat. Setiap hari aku menangis. Sekarang aku dah rasa dan aku terima kifarah tu. Dan sekarang aku dalam proses bercerai dengan suami aku. Aku dah reda dengan kesalahan aku sendiri. Cerita ni memang sebiji macam aku,” tulisnya.
Dalam pada itu, wanita ini menasihati wanita di luar sana agar berfikir dengan dengan sebaiknya sebelum meruntuhkan sebuah perkahwinan seseorang.
“Untuk perempuan penyondol di luar sana yang teringin atau ada hati dan niat nak dekat dengan suami orang, aku mintak fikirlah berkali-kali jangan jadi macam aku. Kifarah Allah bayar cash,” katanya.
Sumber: Mun Onnie III, Instagram missmimilana