'Aku Rela Jadi Ikan Paus Dari Ikan Duyung' - The Reporter

‘Aku Rela Jadi Ikan Paus Dari Ikan Duyung’

Bagi wanita yang memakai pakaian bersaiz X atau XL, termasuk yang mempunyai tulang besar seperti saya yang dulunya mampu memakai saiz XS ketika bekerja sebagai model dan kini lebih selesa memakai saiz L (kadang-kadang saiz M), sila baca perkongsian di bawah. Pasti menarik untuk dibaca.
Di depan pintu masuk gym, tertera iklan seorang wanita kurus dan cantik dengan kapsyen, “Musim panas ini, anda mahu menjadi ikan duyung atau ikan paus?”

Gym itu menjadi popular dan menerima sambutan hangat terutama dari golongan wanita yang ingin menjadi seperti ikan duyung. Sehinggalah seorang wanita bersaiz XXL ternampak iklan itu, lalu dia menulis sesuatu pada kertas kecil dan menampalnya di sebelah iklan tersebut.

“Wahai para wanita, ikan paus selalu dikelilingi oleh rakan-rakannya seperti ikan lumba-lumba, anjing laut, malah manusia yang punyai rasa ingin tahu. Mereka sangat aktif dan membesarkan anak-anak mereka dengan baik. 

“Mereka sentiasa bersama-sama, gila-gila dan makan banyak udang. Mereka berenang sepanjang hari dan menjelajah ke tempat-tempat menarik seperti Patagonia, laut Barents atau terumbu karang di Polynesia. Mereka adalah haiwan yang menarik, disayangi, dikagumi dan dilindungi oleh manusia. 

“Ikan duyung? Tidak wujud tetapi, jika mereka wujud, mereka akan diarahkan beratur untuk dikaji oleh ahli saintis yang keliru, apakah ikan duyung ini adalah wanita atau ikan? Ikan duyung tidak akan mempunyai kehidupan seks dan tidak dapat melahirkan anak. Ya, ikan duyung sangat cantik dan indah tetapi sentiasa kesepian dan sedih. 

“Tanpa ragu-ragu, saya lebih suka menjadi seekor ikan paus. Pada masa yang sama, bila kita dimomokkan oleh media bahawa wanita kurus itulah yang paling cantik, saya lebih suka memilih untuk makan aiskrim dengan anak-anak, makan malam dengan suami dan berhibur bersama rakan-rakan. 

“Kita adalah wanita, berat badan kita naik kerana kita mengumpul terlalu banyak perkara dan pengetahuan dalam kepala sehingga melebihi kuota memori yang ditetapkan. Lalu ia berpindah ke seluruh badan kita. Kita bukan gemuk, tetapi bahagia. Hadapilah semua ini dan nikmatilah kehidupan anda,” katanya. 

Moralnya, makan sahaja apa yang kita mahu makan. Jika ada seseorang yang cuba memberikan ceramah pada anda mengenai perkara ini, jangan buang masa, ‘makan’ saja mereka. – PIXEL MEDIA 
Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!