'Aku main dan menang RM68,000' - Shuib akui pernah ketagih main judi | The Reporter

‘Aku main dan menang RM68,000’ – Shuib akui pernah ketagih main judi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelawak Shuib melalui podcast kendaliannya, iaitu Dol’s Podcast mengakui pada awal kemunculannya sebagai artis pernah terjebak dalam aktiviti perjudian.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, turut mengakui aktiviti tidak bermoral itu menyebabkan dia ketagih dan pernah dikepung oleh beberapa lelaki dipercayai gangster selepas menang judi RM68,000.

Menurut Shuib, kejadian itu berlaku pada tahun 2013, ketika dia bersama Shuk Sahar menjalani penggambaran filem di Ipoh.

“Aku main dan menang RM68,000. Tiba-tiba tuan kedai macam tak nak bagi aku duit itu. Dia anggap aku menipu, siap call beberapa orang gangster datang kedai. Terus dipanggil ke bilik belakang dan tanya macam-macam.

“Terus dia cakap, ‘Shuib, kau ni artis. Kenapa main mesin?’. Bila aku dengar je dia cakap macam tu, terus aku cakap ‘Kalau abang dah cakap macam tu, maksudnya abang memang tak nak bagi duit ini. Tak apalah, saya gerak,” katanya.

Dipendekkan cerita, itulah kali terakhir Shuib bermain judi dan terus nekad meninggalkan aktiviti yang tidak berfaedah itu yang juga pernah menyebabkan dia mengalami kerugian ribuan ringgit.

Bagi Shuib, apa yang berlaku itu memberi kesedaran kepadanya untuk tidak lagi meneruskan perbuatan yang jelas sekali haram di sisi agama Islam.

Di media sosial, ada netizen tidak bersetuju dengan perkongsian tersebut dan menganggap Shuib menyebarkan aibnya sendiri.

“Elok-elok orang ramai tak tahu, sekarang dah tahu yang dia pernah main mesin. Ingatkan benda itu dia saja je buat lawak dulu. Rupanya benda betul. Sepatutnya benda-benda aib ini tidak perlu diceritakan atau dikongsikan, lagi-lagi secara public macam ni,” kata Rabbaniahmad.

Sumber: mStar Online, Oh My Media, X Rabbaniahmad

Related Posts