‘Aku dah lama curiga!’ – Anggota polis dicekup berkhalwat dengan isteri orang di bilik hotel

Kekerapan seorang wanita yang selalu pergi ke gym pada malam hari akhirnya terbongkar juga di mana dia sebenarnya mempunyai agenda lain dan hanya menggunakan alasan pergi ke gym untuk mengaburi suaminya.

Si suami pada awalnya tidak mengesyaki apa-apa. Namun lama kelamaan, timbul perasaan curiga dan dia mengambil keputusan untuk mengekori isterinya. Pada hari kejadian, dia turut membawa anaknya bersama.

Isteri selalu mengelak apabila ditanya

Apa yang mengejutkan, si isteri tidak berkunjung ke pusat gym, sebaliknya dia pergi ke sebuah hotel di Kendari, Sulawesi Tengah, Indonesia.

Apabila diterjah masuk ke dalam bilik yang dihuni isterinya, dia mendapati wanita itu hanya memakai selimut dan lelaki yang menjalinkan hubungan sulit dengan isterinya pula adalah seorang anggota polis yang bersembunyi di dalam bilik mandi.

“Saya sudah lama menaruh rasa curiga selepas melihat chat mereka berdua. Anggota polis itu chat dengan isteri saya dengan panggilan sayang.

“Saya juga pernah melihat mereka makan bersama-sama. Tetapi isteri saya selalu mengelak apabila ditanya dan dia kata, lelaki itu hanyalah rakannya di pusat gym,” katanya.

Difahamkan, pasangan curang itu merupakan rakan di sebuah organisai dan di pusat gym. Sejak menjalinkan hubungan, mereka kerap keluar makan berdua-duaan dan berbalas mesej dengan kata-kata mesra.

Mak dan ayah menangis tengok anak perempuannya curang

Video lelaki itu bersama anaknya menerjah isterinya di hotel turut tular di media sosial. Ramai netizen mengakui sedih dan beremosi menonton video tersebut lebih-lebih lagi lelaki itu yang sedang mendukung anak mereka yang masih kecil.

Ahli keluargan lelaki itu turut datang ketika menerjah isterinya di hotel tersebut. Mereka juga berkesempatan memukul anggota polis terbabit.

Sementara itu, ibu bapa wanita berkenaan menangis apabila melihat perlakuan anak mereka di depan mata sendiri dan beberapa kali bertanya kepada anggota polis itu mengapa dia memperlakukan anak mereka seperti itu.

“Kenapa kau buat begini?” kata bapa wanita berkenaan yang memakai kopiah berwarna putih.

Pasangan itu kemudian dibawa ke balai polis Sulawesi Tenggara untuk tindakan lanjut. Ketika ditahan, anggota terbabit mengakui kesalahannya yang telah merosakkan rumah tangga pengadu dan sempat meminta agar wanita itu tidak dikenakan sebarang tindakan.

“Saya yang salah, jangan hukum dia. Saya yang harus dihukum,” katanya yang kini berdepan dengan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat.

Sumber:Tribun News

Total
0
Shares
Related Posts